Sabtu, 14 Januari 2012

Nota 23 : Kawan Baru

Nota 23
Kawan Baru

Bertemu lagi rakan2 semua
agak lama aku tidak bercerita
harap semua dalam keadaan sehat
aku juga syukur !! sentiasa sehat.

Amy , ini nama kawan baruku
baru seminggu kami berkenalan
aku mula bertemu dgn Amy di suatu lebuhraya
ketika itu tayar keretaku meletup
nyaris-nyaris aku kemalangan
tapi aku memandu agak perlahan
itu buat aku terselamat
dengan kehendak Nya jua
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Di tengah panas...
Amy tolong tukarkan tayar keretaku
dia sungguh baik dan peramah
aku menjadi suka padanya
dia juga terbayang wajah gembira dapat berkawan dgn ku
selepas itu kami pergi makan bersama
dan persahabatan terus terjalin.

Dalam masa seminggu kami telah bertemu lagi sebanyak dua kali
kami makan dan menonton wayang
dia sungguh mengambil berat tentang aku
terasa sangat bertuah bertemu dgn Amy
dia minta aku panggil dia abang Amy
dan aku dgn rela hati panggil dia Abang Amy.

Pada pertemuan kedua
Amy telah bermalam di bilikku
kawan2 jangan salah sangka
aku tidak melakukan perbuatan yang terlarang
kami sekadar berkawan baik
oh ! mungkin ada rakan2 yg terfikir ...
nantikan aku di tangkap basah ....
oh ! tidak ! tidak !
tidak sekali-kali terjadi
Amy sebenarnya seorang perempuan
Tapi pakaian dan tingkah lakunya macam lelaki

Kawan2 semua usah risau ..
tiada apa2 luar biasa yg terjadi
tapi aku rasa, dia mungkin seorang pengkid
salahkah aku terus berkawan dgn Amy....

Oh ! Pintu bilikku di ketuk ..
Hingga bertemu lagi
salam kasih sayang dari aku ....

Jumaat, 13 Januari 2012

Nota 22 : Salam Ingatan

Nota 22
Salam Ingatan

Salam ingatan buat semua ...
hari-hari yang berlalu aku agak sibuk
hari ini aku punyai kesempatan bertemu kalian
harap kalian masih tidak lupai aku
siapalah aku tanpa kalian
sesungguhnya aku tersangat ingin bertemu kalian
bersalam di dunia nyata

Andai aku mendapat jodoh nanti
Kalianlah menjadi saudara-saudaraku di majlis perkahwinanku
Pasti sungguh meriah di saat itu

Tapi kekadang aku terasa malu
untuk perkenalkan aku pada kalian
kerana kalian telah tahu rahsia silam hidupku
aku telah jadi mangsa keganasan nafsu
aku telah jadi mangsa cinta yang dusta

Entahlah apa yang perlu aku lakukan
tapi aku perlu tabah menghadapi kehidupan ini
apa yang berlaku
ku anggap ujian terhadap aku

Aku mahu jadi wanita yang sabar
aku mahu jadi  wanita yang berguna

Abang-abang yang nakal
usahlah mengajak aku kejalan yang suram ...

Nota 21 : Maafkan Aku.

Nota 21
Maafkan Aku.

Salam sejahtera kawan-kawan semua
Mak Cik , Pak Cik
Kakak, Abang
Dan adik semua
Maafkan aku ye
Beberapa hari aku tak menulis
Mungkin aku telah hilang dari ingatan kalian
Kalau ada yang masih ingatkan aku
Terima kasih banyak-banyak.

Sebenarnya dah beberapa hari
Aku berada di PPUM
Aku di sahkan menghidapi deman Denggi Berdarah.

Oh ! seksanya aku ...
Teringat tersangat-sangat pada ayah dan ibu
Alangkah mesranya kalau ada ayah dan ibu
Sentuhan manja mereka
Pasti menjadi penawar kekuatan hati
Ada juga kawan-kawan ku yang datang
Sepupu Mak juga datang
Tapi kasih ayah dan ibu tiada penggantinya.

Mungkin rakan-rakan fb juga datang
Kiranya aku bagi tahu
Wad tempat aku di rawat
Terima kasih kerana ada di antara kalian
Yang sudi nak melawat aku.

Tubuh ku menjadi tersangat lemah
Kalau terlambat di rawat
Mungkin juga membawa maut
Itulah kata doktor pada ku.

Beginilah masalahnya
Jika ada di antara masayarakat
Yang tidak menjaga kebersihan
Membiarkan air bertakung untuk nyamuk ades membiak.

Duit yang kita miliki bukan segala-galanya
Aku tersangat terasa
Betapa bernilainya kasih dan sayang
Betapa bernilainya persahabatanlan
Andai aku ada seorang kekasih
Alangkah baiknya
Tapi entahlah ...
Sukar juga untuk aku mempercayai
Insan yang bernama kekasih
Mungkin lagi baik kalau aku ada suami
Lagi-lagi kalau aku dalam keadaan sekarang.

Kita jumpa lagi ye ...
Sudilah doakan moga aku cepat sembuh ........

Nota 20 : Jantan Dan Betina

Nota 20
Jantan Dan Betina

Jantan dan lelaki
Mempunyai alat jantina yang sama.

Binatang di panggil jantan
Binatang tidak pernah aku dengar di panggil lelaki
Manusia selalunya di panggil lelaki
Selalunya bila manusia di panggil jantan
Menunjukkan manusia itu punyai perangai yang jahat
Tapi ada juga aku dengar
Manusia di panggil jantan kerana kehebatan yang di lakukan .

Betina dan perempuan
Mempunyai alat jantina yang sama.

Binatang di panggil betina
Binatang tidak pernah aku dengar di panggil perempuan
Manusia selalunya di panggil perempuan
Tapi kalau di panggil betina tu
Menunjukkan perempuan itu tidak baik
Tidak pernah pulak aku dengar
Perempuan yang hebat di panggil betina.

Lalu aku ...
Mahu jadi perempuan
Aku seronok di panggil perempuan
Sakit hatiku kalau di panggil betina.

Pernah aku melihat
Dua orang perempuan yang bermadu bergaduh
Kedua-duanya menggunakan perkataan betina
Di tujukan kepada madunya
Adusss !!! malunya
Bergaduh pula di tempat awan
Tapi apalah nak di katakan
Bila marah dah menguasai fikiran
Manusia jadi terlupa
Ada yang sanggup membunuh kerana teramat marah.

Moga aku menemui seorang kekasih  di panggil lelaki
Kalau aku mendapat kekasih di panggil jantan
Biarlah dia di panggil jantan kerana kehebatan
Hebat dalam pekara-pekara kebaikan.

Ingin ku tukar suasana hidup
Kepiluan ini menjadi kebahagiaan.

Selamat malam kawan-kawan
Kita jumpa lagi di alam maya dengan suasana ceria ...

Nota 19 : Kesunyian

Nota 19
Kesunyian

Pagi ini aku di baluti kesunyian
Kamar sepiku yang bisu
Buat aku terus pilu
Ingin ku keluar dari penjara jiwa ini
Tapi kemana aku akan pergi
Di luar arus dunia begitu ganas
Aku takut lemas
Kerana kalau aku terlemas
Siapalah yang akan mencari aku
Siapalah yang sudi membantu
Tiada lagi insan yang menjaga aku.

Hari-hari yang berlalu
Banyak ku temui
Kejujuran hanya seperti pakaian cantik
Buat menutup kepalsuan yang realiti.

Oh ! di mana-mana
Selalu ku temui semut
Merayap dan berlari-lari
Mencari-cari
Dalam suasana dahaga
Di situ ada gula
Di situ dia memuja
Berlagak setia pandai menggoda.

Aku takut ...
Mungkin akulah gula yang akan jadi mangsa
Mungkin pengalaman yang telah ku lalu
Buat aku takut untuk percaya
Buat aku takut mendengar luahan kata cinta
Biarpun sebenarnya aku memerlukan
Insan yang sudi memberikan cinta.

Abang !!!
Kau kah lelaki yang setia
Kaukah lelaki yang tidak berpura-pura
Kau kah bakal menjadi
Teman istimewa dalam kamar pengantinku
Teman istimewa dalam kehidupan ku.

Abang !!!
Siapakah kau
Datanglah hatimu bertandang di sudut cinta hatiku
Biar hati kita berbisik tentang cinta
Bukan sekadar manis asmara bibir berbicara.

Di sini aku terus berhiba jiwa
Bawalah padaku suasana ceria
Usah biarkan aku terus meminta-minta
Bilakah kita akan berjumpa ?.

Abang !!!
Di hatiku ada sebuah cinta yang setia
Cinta itu pernah di seksa
Sudikah abang mengubatinya
Aku menanti mu di tepian pintu yang terbuka ...

Selamat pagi kawan-kawan...
Hingga jumpa lagi dengan aku di maya ini
Moga kita semua sentiasa dalam sejahtera ...

Nota 18 : Isteri Muda

Nota 18
Isteri Muda

Kawan-kawan semua
Aku baru lepas bercakap talipon dengan Angah
Aku nak kongsikan cerita tentang abang Angah tadi
Rasanya tak masalah kot
Kawan-kawan pun tak kenal siapa Angah yang sebenar.

Sebenarnya tadi tu
Angah cuma main-main je dengan aku
Lelaki tu bukan abang kandung dia
Nasib baiklah aku tak cakap banyak dengan lelaki tu
Patutlah percakapan kami tadi mcam tak lancar je
Sebenarnya kata Angah
Lelaki itu suami dia
Rupanya Angah menjadi isteri kedua
Mereka nikah di Thailand secara rahsia
Beraninya Angah
Bahayanya kerja Angah
Tak terkata-kata aku
Seorang lesbian tiba-tiba kahwin
Rampas laki orang pulak tu
Betul ke Angah sebelum ini lesbian
Entahlah !!! ..
Pening seketika kepala aku ....

Aku rasa lelaki tadi tu orang berduit juga
Kereta yang di bawa tadi
Calang-calang orang dapat membelinya.

Angah ! Angah ! ...
Bilalah masa dia pergi Thailand
Aku pun tak tahu
Kenapalah begitu ramai lelaki
Laki orang pula di pilih Angah
Perlaksaan pun tak ikut aturan yang betul
Rasanya isteri tua tak tahu perkahwinan tu
Masalahnya Angah di masa akan datang.

Patutlah ada orang kata
Bila dah cinta
Apa saja sanggup lakukan
Aku tak tahula pulak
Si Angah ni kahwin kerana cinta ke kerana apa.

Biarpun bermadu tu di halalkan
Tapi rasanya aku tak berminat bermadu
Tapi entahlah !!!..
Manusia hanya merancang
Allah jua Yang Maha Berkuasa.

Apa-apa pun
Aku ucapkan selamat pengantin baru pada Angah
Selamat berbahagia kawan ku
Tapi berhati-hatilah
Agar madu yang manis itu
Tidak bertukar menjadi pahit hempedu.

Kawan-kawan ..
Aku nak rehat dulu
Bercelaru fikiran memikirkan kisah Angah
Bye bye ....

Nota 17 : Seorang lelaki

Nota 17
Seorang lelaki

Hari ini aku tak ada apa-apa tugasan
Sekarang aku berkurung di bilik
Kawan-kawan semua apa kabar
Harap semuanya baik
Selamat berkerja pada yang berkerja
Bertugaslah dengan jujur
Agar mendapt hasil yang halal
Hmnnn .. maaf ! ...
Macam nenek pula celoteh aku.

Pagi tadi aku bersarapan dengan Angah
Kawan-kawan ..
Tadi saya jumpa seorang lelaki yang agak kacak
Kacak pada rupanya
Tapi tak tahulah pada hatinya
Lelaki itu sarapan bersama dengan aku
Dia abang kandung Angah
Dulu berkerja di Johor
Baru di tukarkan berkerja di Kuala Lumpur
Sekarang tinggal bersama dengan Angah.

Dah berkahwin ke belum
Dah ada kekasih ke belum
Aku tak pasti
Angah pun tak cerita apa-apa
Aku terasa nak tahu
Tapi malu untuk bertanya
Mungkin itu sesuatu yang agak peribadi baginya.


Tadi Angah macam buat kejutan je
Tiba-tiba Angah bersama lelaki
Di perkenalkan sebagai abangnya
Sebelum di perkenal aku agak hairan
Kerana Angah jarang berkawan dengan lelaki .

Abang Angah tidak banyak bercakap dengan aku
Aku juga jadi kelu
Ada satu debaran timbul di hatiku
Aku tak pasti kenapakah timbul debaran itu
Yang aku pasti
Sesekali abang Angah memerhati tubuh ku
Pada sinar matanya
Ku rasai semacam ada kejujuran
Tapi aku perlu berhati-hati
Agar aku tidak terpedaya.

Aku ibarat pengembara di gurun Sahara
Sedang dahaga berharapkan air untuk di minum
Begitulah aku mengharapkan insan
Yang jujur sudi untuk sayangi aku.

Setelah sarapan kami berpisah
Angah dan abangnya ada urusan
Angah ada menjemput aku untuk bersama
Tapi aku memberi alasan
Aku juga ada tugasan
Aku tidak selesa bersama abangnya
Kerana aku belum kenal.

Kini aku sendirian
Terbayang-bayang wajah Angah
Terbayang-bayang wajah abang Angah
Terbayang-bayang wajah bekas kekasihku
Terbayang-bayang wajah ayah dan ibu ku.

Ah ! aku berkata pada diriku
Jangan mudah tergoda
Jangan tertipu oleh kerlipan seperti intan
Tetapi sebenarnya hanya kaca
Kaca mudah pecah dan takut nanti tertikam jiwa .

Berpisah dulu ye kawan-kawan
Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya
Jumpa lagi ...

Nota 16 : Gelora Jiwa

Nota 16
Gelora Jiwa

Sendirian di kesunyian pagi
Buat aku terasa sangat derita
Tanpa orang tua
Tanpa kekasih
Tiada tempat untuk bermanja
Tiada tempat untuk mengadu rasa.

Alangkah indahnya tika ayah ibu masih ada
Alangkah indahnya tika kekasihku begitu setia
Namun kini sudah tiada
Yang ada hanya kenangan saja.

Tuhan ku
Izinkan bayu pagi  bertiup lembut mesra
Sampaikanlah gelora jiwa ku
Pada dia yang berada di sudut dunia
Dia yang setia bila bercinta
Dia yang rela menerima aku menjadi kekasihnya
Dia yang tidak mengambil peluang
Di atas kelemahanku
Bila aku menjadi kekasihnya.

Tuhan ku
Izinkan embun berderai
Titiskanlah bumi kontang ini
Janganlah menjadi lambang tangisan derita
Jadilah lambang tangisan bahagia
Aku sudah mewah dengan derita
Aku rindu bahagia.

Tuhan ku
Izinkan malam yang hitam
Sembunyikanlah aku
Agar tidak di lihat lelaki durjana
yang sering mencari peluang untuk melepaskan nafsunya.

Tuhan ku
Izinkan matahari pagi
Suluhlah hidupku
Kealam kebahagiaan
Agar aku tidak melalui dosa
Agar aku mencari pahala.

Tuhan ku
Moga alam indah ini
Dapat memberi kiasan pada ku
Dapat menyedarkan aku
Betapa Besarnya Kuasa Mu
Betapa Besarnya Rahmat Mu
Sentiasa membuat aku ingat
Dunia ini hanya sementara
Akhirat juga kekal selamanya.

Kawan-kawan semua ..
Salam pagi ..
Hingga kita berjumpa lagi ...

Nota 15 : Salah Sangka

Nota 15
Salah Sangka

Salam kasih kawan-kawan
Harap semua dalam keadaan ceria .

Salah sangka sering terjadi dalam kehidupan
Bila kita menilai sesebuah buku
Tanpa membaca isinya
Kadang penilaian kita tidak tepat
Kadang kita membuat sangkaan yang silap.

Seorang Islam yang bersahabat dengan seorang Kristian
Tidak semesti Orang Islam itu telah menjadi Kristian
Bila kita melihat seorang perempuan
Sering bersama dengan  pelacur
Jangan terus di sangka dia juga seorang pelacur
Mungkin dia seorang pendakwah
Mungkin dia sedang membuat kajian
Mungkin dia seorang penjual alat solek
Berbagai kemungkinan boleh terjadi.

Bila aku berkawan baik dengan Angah
Ada yang menyangka
Aku juga perempuan lesbian
Janganlah salah sangka ye
Aku tidak bernafsu pada perempuan
Walaupun aku bermalam di rumah Angah
Walaupun Angah pengamal lesbian
Tapi dia menghormati pendirian aku
Dia tidak pernah memaksa aku
Terima kasih Angah kerana memahami pendirianku
Kalau tidak ada rasa saling memahami
Mungkin kami tidak berkawan.

Aku tidak benci pada semua lelaki
Biarpun seorang lelaki telah menoda aku
Pasti masih ada di dunia ini
Lelaki-lelaki yang berhati mulia
Aku rindu untuk bertemu seorang lelaki yang jujur
Aku ingin merasai kasih sayangnya
Aku ingin memberi kasih sayang ku
Aku ingin memberi kesetiaanku
Aku ingin merasai syahdunya asmara
Dari cinta yang syahdu
Aku mahu menjadi ibu kepada anak-anaknya
Dari ikatan perkahwinan yang rela dan bahagia.

Ah ! hati wanitaku terasa ingin di temani
Mungkin di usia seperti ku ini
Sudah layak sangat memiliki pasangan hidup
Aku pernah juga di tanya kawan-kawan
Wajah lelaki yang macam mana aku minati
Aku sering menjawab
Seorang lelaki yang beriman
Dapat menjaga keselamatanku
Wajah lelaki itu
Bila aku pandang
Dia membuat hati ku tenang dan damai
Ah ! aku menanti mu lelaki itu
Ah ! aku mencari mu lelaki itu
Duhai lelaki itu ...
Datang lah dalam hidupku
Kita lestarikan ikatan cinta bersama
Kita nikmati keindahan hidup ini .

Kawan-kawan ...
Maafkan aku ..
Seketika aku di belai oleh keinginan jiwa
Aku hanya insan biasa
Tidak terlepas dari rasa cinta insani .

Moga kita jumpa lagi ...

Nota 14 : Gelagat Manusia

No 14
Gelagat Manusia

Kawan-kawan
Aku rasa macam nak ketawa tika ini
Kisah seorang lelaki rakan fb
Baru sekejap berlaku
Konon bersimpati dengan aku
Konon hendak berkawan baik.

Bertanya nama penuh
Bertanya umur
Bertanya pekerjaan
Tapi aku ada kerja untuk di buat
Lalu aku memberi tahu dengan iklas aku bz.

Konon terpelajar lepasan Universiti
Konon jujur bercerita tentang keluarganya
Tapi punyai sifat yang tak begitu baik
Kerana aku memberi tahu aku bz
Lalu aku di keluarkan dari rakan fb nya
Hi hi hi ... lelaki ini kurang sabar
Bagaimana hendak menghadapi cabaran dunia kehidupan
Bagaimana hendak menjadi kawan yang bertimbang rasa
Jauh sekali untuk menjadi suami yang baik.

Lalu aku cuba melihat fb nya
Oh ! ... hanya 24 orang rakan
Hati-hati dengan lelaki sebegini
Mungkin ingin mencari kesempatan
Ini hanya pada fikiran aku saja
Allah jua yang benar-benar tahu.

Macam-macam perangai lelaki
Ku temui dalam fb ini
Ramai pula yang minta nombor talipon ku
Ramai juga yang memberi nombor talipon pada ku
Konon-konon bersimpati
Merayu-rayu agar aku buat panggilan
Moga ada di antaranya yang betul-betul  bersimpati.

Lelaki kalau cepat merajuk
Itu agak tidak macho
Lagi-lagi kalau tidak sabar
Janganlah memalukan insan bernama lelaki
Belajarlah ilmu persahabatan
Agar berhemah bila berbicara
Agar persahabatan akan berkekalan
Belajarlah ilmu memancing kalau hendak memacing
Agar tangan tidak terkena mata pancing
Janganlah terjadi seperti cerita ini
Anak kecil yang hendak meludah kerana marah
Tiba-tiba terkeluar air susu
Kerana baru lepas menyusu
Menjadi bahan lucuan .

Duhai lelaki yang ada niat tak baik
Janganlah menyangka aku
Bunga berwarna yang terbiar di tepi longkang
Bebas di sunting
Bebas di cium harumnya
Bebas dan senang di hisap madunya.

Pelbagai kisah aku lalui
Pelbagai derita aku lalui
Itu semua setia dalam ingatanku
Menjadi guru dan penasihat ku
Buat aku lebih mengenali
Gelagat insani yang ku temui.

Maafkan aku ..
Andai ada kasar ketelanjuran kata
Aku ingin mencari manis dalam pilu kehidupan
Aku tidak mahu menambah luka kepada luka
Moga aku dan kalian di rahmati Nya.

Moga kita bertemu lagi kawan-kawan ....
bye bye  ...

Nota 13 : Potret Kenangan

Nota 13
Potret Kenangan

Selamat tengahari kawan-kakan ku semua
Sekarang aku berada di bilik
Aku melihat gambar-gambar semasa masih belajar di sekolah dulu
Beberapa gambar agak menarik hatiku
Gambar-gambar aku bertarung dengan kawan-kawan ku
Semasa mengambil ujian Black Belt Tae Kwon Do
Aku berjaya menjadi pemilik tali pinggang Black Belt
Jurus-jurus Saju carigi, Saju magi, Do San dan lain-lain
Terbayang-bayang dalam ingatanku
Aku pernah menjadi juara
Dalam satu pertandingan yang di anjurkan Traditional Tae Kwon Do Akademi.

Tapi ingat duhai kawan-kawan
Tapi ingat duhai wanita
Walaupun kita mempunyai ilmu bela diri
Penjahat juga mahir ilmu beladiri
Terkini orang jahat sering pula menggunakan senjata api
Berhati-hati dan gunalah fikiran sebaik-baiknya.

Aku juga aktif dalam bidang tarian
Aku minat melihat lembut gemalai tubuh menyusun tari
Hmnnn !!! kawan-kawan
Kalau aku dapat tawaran sebagai pelakun
Patutkah aku menerima tawaran itu ?.

Menyanyi ?
Entahlah !!!
Tak pernah nyanyi di pentas rasanya
Karaoke tu ada sangatlah
Rakan-rakan kata ok
Tapi tahlah ...
Kot kawan sekadar ambil hati je .

Dan akhirnya aku lihat
Gambar-gambar terakhir
Aku bergambar bersama ayah dan ibu
Salah satu gambar itu
Aku duduk di antara ayah dan ibu
Aku tersenyum
Ayah tersenyum
Ibu tersenyum
Betapa bahagia bersama ayah dan ibu tika itu
Ah ! pilunya hatiku ...
Gambar ini seolah-olah berkata
Tersenyumlah hadapi hidup ini
Pun kita berpisah
Sebenarnya di hati tetap bersama.

Moga ayah dan ibu di rahmati Ilahi
Ayah dan ibu
Aku rindu ....
Moga kita berjumpa dalam bahagia di sana .

Terima kasih kawan-kawan sudi membaca
Moga jumpa lagi
Jaga diri ye .....

Nota 12 : Sesungguhnya Allah Maha Besar.

Nota 12
Sesungguhnya Allah Maha Besar.

Kawan-kawan ku semua
Terima kasih kerana sudi  bersimpati
Aku begitu bangga
Aku begitu rasa beruntung
Bertemu kalian pun masa ini
Hanya di alam maya
Moga satu saat kita bertemu di alam nyata
Kita terus jalinkan kasih
Kita terus jalinkan persaudaraan
Setelah aku lahirkan fb ini
Aku sedar masih ramai
Insan-insan baik yang sudi bersaudara.

Kawan-kawan ku
Biarpun aku tersendiri begini
Janganlah di risaukan sangat
Tentang makan minum ku
Sesungguhnaya Allah Maha Besar
Beberapa bulan sebelum meninggal
Ayah semacam tahu dia akan pergi selama-lamanya
Ayah telah menukar milik tanahnya kepada ku
Tanah sebanyak dua lot itu terletak di Pasir Gudang
Sekarang kedua-dua lot tanah itu di sewakan
Untuk kegunaan perniagaan menjual kereta
Jadi tiap-tiap bulan
Akaun bank aku akan di masuki wang
Berapa jumlahnya biarlah jadi rahsia
Berapa nilaian tanah itu biarlah jadi rahsia.

Terima kasih ayah dan ibu
Moga ayah dan ibu damai di sana
Sesungguhnya Maha Besar Allah.

Benarlah ada pujangga berkata
Harta dan rupa sahaja
Tidak menjamin kebahagiaan
Kita perlu pada kesihatan
Kita perlu pada ketulusan kasih sayang
Kita perlu kedamaian hati
Dan kita perlu berbagai-bagai lagi.

Aku mengambil keputusan
Tidak tinggal di rumah peninggalan Ayah dan ibu
Bila aku tinggal di sana
Aku bagai berenang di kolam air mata
Maafkan aku memberi tahu
Masa aku buat catatan ini
Bercucuran air jernih lambang kepiluan
Bagai hujan dari mata ku yang menderita
Aku memberi kebenaran kepada sepupu ibu tinggal di situ
Kadang-kadang ada juga sedikit wang di hulurkan padaku
Aku tidak begitu mengharapkan wang itu
Aku lebih mengharapkan kasih dan sayangnya
Kejujuran kasih dan sayang terlalu bernilai untukku
Andai sepupu ibu tidak lagi memerlukan rumah itu
Aku becadang rumah itu
Di jadikan rumah tempat tinggal anak-anak yatim
Aku tahu betapa deritanya mereka
Yang hidup dalam yatim piatu
Kerana aku mengalaminya
Walaupun aku bukan di usia kanak-kanak
Ketika ayah dan ibu pergi
Aku tetap melalui kehidupan yang derita .

Aku tetap gagahi kehidupan ini
Pun aku sedang berdayung dalam lautan air mata
Kawan-kawan semua
Kita berkawan secara jujur ye
Janganlah ambil kesempatan
Di atas kelembutan hati wanitaku
Duhai kakak !
Nasihatlah aku dengan kelembutan hemah mu
Duhai abang !
Janganlah cairkan hati ku yang merindukan kasih
Janganlah bawa aku belayar
Dalam gelora keinginan semula jadi wanitaku
Aku tidak mahu lemas dalam lautan yang hitam.

Aku mahu jadi seorang wanita yang berguna
Pada ugama dan negara
Aku mahu jadi rakan dan sahabat yang setia
Aku mahu menjadi isteri yang setia
Aku mahu membina mahligai asmara yang syahdu
Bersama suamiku yang tercinta
Aku mahu hidup dalam bahagia
Moga menuju ke alam akhirat yang bahagia .

Kawan-kawan ku !
Terima kasih sudi memhami hatiku
Moga aku masih ada kesempatan lagi untuk bersama kalian ..
Salam ...

Nota 11 : Kenangan Cinta

Nota 11
Kenangan Cinta

Saat sendiri begini
Aku terkenang cinta yang dulu
Ku tuliskan perasaan ku di sini
Akan ku simpan
Dalam kamus cintaku.

Inilah catatan cintaku :

Menemui Abang yang pernah ku cintai ...

Sayang begitu rindu pada percintaan kita yang dulu
Percintaan yang tulus dan bahagia
Keindahan itu terhenti
Bila abang remukan cinta kita
Cinta kita berderai
Bagai kaca di baling ke batu
Abang hempas cinta kita yang suci.

Abang lemas dalam nafsu
Abang sesat di hasut rakan-rakan
Tahukah abang ?
Rakan-rakan abang itu cemburu
Melihat abang memiliki cinta sayang
Mereka dengki dengan kebahagiaan kita.

Sampai hati abang ragut maruah sayang
Sampai hati abang jadikan sayang perempuan bernoda
Mahkota gadis sayang hilang sebelum sayang menjadi isteri.

Tidak pernah sayang menyangka
Abang sanggup berbuat begitu
Abang yang sayang kenali
Abang yang berbudi
Abang yang sangat menjaga
Hati dan fizikal sayang dari kesusahan.

Sayang masih ingat
Satu waktu dulu
Abang berjanji
Akan mencium pipi sayang
Di malam pertama kita jadi suami isteri
Abang tidak suka menyentuh sayang
Secara tidak bermoral dalam suasana kita bercinta
Abang sering meluahkan
Rasa benci pada pasangan cinta
Yang berdua-duan melakukan maksiat
Tapi itu semua bagai percakapan dalam mimpi.

Percintaan kita dulu itu sangat indah
Tapi alangkah baiknya kalau kita tidak bertemu
Tapi alangkah baiknya kalau kita tidak bercinta
Sayang tidak di noda
Abang tidak terpenjara
Alangkah baiknya kita bertemu di malam pernikahan
Di situ kita mulakan cinta kita
Di saat tubuh sayang halal untuk abang sentuhi
Di saat tubuh abang halal untuk sayang sentuhi
Di saat itu kita bersatu dalam cinta yang syahdu.

Namun kita telah pernah bercinta
Sayang sangat rindu cinta kita yang dulu
Kalau cinta abang kekal jujur seperti cinta yang dulu
Pastilah kini
Abanglah orang yang menjaga sayang
Biarpun ayah dan ibu sudah pergi
Sayang masih ada lagi tempat mengadu
Abanglah insan itu
Tapi abang yang pernah sayang cintai
Bagai telah mati dalam hidup sayang
Begitulah kata peribahasa
Nasi telah menjadi bubur
Tidak mungkin lagi kembali menjadi nasi .

Catatan ini tidak akan sayang hatar pada abang
Satu ketika andai abang ada peluang membaca catatan ini
Tahulah wahai abang
Betapa aku cinta pada mu dulu
Betapa kecewanya aku pada perubahan hatimu.

Sayang berdoa ...
Moga sayang tidak bertemu lagi
Dengan insan seperti mu
Moga sayang tidak bercinta lagi
Dengan insan sepertimu

Aku
Insan yang pernah mencintai mu dulu
Tapi itu bagai mimpi .

Hingga jumpa lagi ...
Teman-temanku
Awaslah kalau bercinta .

Nota 10 : Warkah Dari Penjara

Nota 10
Warkah Dari Penjara

Sendirian di bilik
Aku terkenang-kenang
Pengalaman lalu hidupku
Teringat aku pada warkah dari penjara
Aku ingin kongsikan dengan kalian .

Warkah ini dari bekas kekasihku
Yang kini ku anggap binatang
Warkah ini di sampaikan oleh ibunya pada ku
Ketika itu telah setahun dia di penjara .

Ada di antara kandungan warkah ini
Tidak dapat aku catatkan
Kerana mungkin tidak begitu sesuai untuk bacaan umum
Ayat-ayatnya juga telah aku buat sedikit perubahan .

Inilah warkah itu :

Dari Abang
Yang selamanya mencintai sayang

Untuk sayang
Yang pernah mencintai abang .

Maafkan abang kerana warkah tidak di undang ini
Janganlah sayang hinakan dan marahkan ibu abang
Yang menyampaikan warkah ini pada sayang
Sesungguhnya ibu tidak bersalah
Abanglah yang bersalah
Abanglah yang kalah dengan nafsu
Abanglah yang terdorong oleh syaitan
Ibu seorang yang baik
Dia sangat sayang pada sayang
Sayang juga pasti telah tahu itu .

Sayang ....
Abang tidak pernah rasa marah pada sayang
Walaupun sayang membuat laporan
Malah abang akui
Sayang seorang yang baik
Sayang melakukan yang sepatutnya
Dari tindakan sayang
Telah memberi keinsafan pada abang.

Sebelum ini berkali-kali abang menulis pada sayang
Tapi abang tidak berani untuk menyampaikan pada sayang
Kini abang dengan tulus hati
Ingin bermohon maaf pada sayang
Abang juga sentiasa memohon maaf pada Allah
Moga sayang sudi memaafkan abang
Walaupun sayang memaafkan abang
Abang tetap juga menjalani hukuman ini
Abang begitu takut menghadapi kematian
Abang begitu takut menerima hukuman Ilahi
Tanpa maaf dari sayang
Di akhirat pasti hukuman menanti.

Setahun abang di penjara
Abang begitu terseksa
Ada 17 tahun lagi abang di sini
Insan yang tidak pernah merasai penjara
Tidak tahu betapa terseksanya hidup di penjara
Terseksa zahir dan batin.

Betapa baiknya hati budi sayang
Sampai bila-bila abang ingati
Tika abang sakit
Cepat-cepat sayang mencari ubat
Tika abang susah hati
Sayanglah mendamaikan
Indahnya kenangan itu sayang .

Sayang !
Hingga masa ini abang belum lagi di sebat
Tapi yang pasti akan datang juga saat itu
Orang yang di sebat tersangat-sangat sakit sayang
Abang pernah mendengar suara jeritan sakit
Orang sedang di sebat
Akan terkencing dan terkeluar najis
Ada juga yang pengsan
Abang pernah lihat orang yang baru lepas di kenakan sebatan
Pecah kulitnya
Mengalir darahnya
Mereka yang pernah di sebat berkata
Teramat -amat sakitnya
Tidak dapat hendak di bayangkan
Mereka berpesan
Janganlah sesiapa melakukan kesalahan
Hingga di jatukan hukuman sebatan
Sesungguhnya kesakitan tidak tertanggung oleh badan.

Sayang !
Begitulah hukuman bakal abang tempuhi
Menanti hukuman ini juga satu penderitaan
Inilah pembalasan di dunia untuk abang
Kerana kejahatan yang tak sepatutnya abang lakukan
Sepatutnya abang cepat-cepat kahwin dengan sayang
Dan kita bermalam di kamar pengantin yang halal
Cintamu terlalu murni dan istimewa dalam kenanganku.

Sayang !
Maafkanlah abang
Cukuplah hukuman dunia yang abang tempuhi
Abang memohon hati kasih sayang
Maafkanlah abang
Tolonglah abang
Abang tersangat takut menghadapi hukuman di akhirat nanti
Maafkanlah abang sayang
Maafkanlah abang sayang .

Abang tetap mencintai sayang selama-lamanya
Tapi tentu sekali abang tidak layak lagi menjadi suami sayang
Cinta ini abang simpan di hati hingga ke hujung nafas
Abang berdoa selalu
Moga sayang mendapat pasangan yang baik.

Andai abang masih lagi ada nyawa
Selepas tamat hukuman
Kalau sayang sudi
Izinkanlah abang menjadi hamba mu
Sepanjang umur abang
Abang ingin sayang tahu keinsafan abang
Dan abang tersangat bahagia melihat
Sayang berbahagia dengan suami dan anak-anak sayang.

Sayang !
Andainya hukuman mati yang perlu abang jalani
Untuk mendapat kejujuran maaf sayang
Abang rela menerimanya sayang
Moga di akhirat abang bebas dari hukuman ..

Abang
Yang pernah Sayang Cintai .

Begitulah ..
Di antara luahan hatinya
Air mataku mengalir sepanjang aku menulis nota ini
Aku tidak dapat pastikan kenapa
Aku pernah mendengar kata-kata
Insan yang rela memaafkan
Satu sifat yang berani dan terpuji
Ah !!! perlukah aku memaafkan dia ..

Nota 9 : Mungkinkah Hanya Khayalan .

Nota 9
Mungkinkah Hanya Khayalan .

Selamat petang buat semua
Sekarang aku berada di bilik
Agak memenatkan juga sesi fotografi hari ini

Aku ingin kongsikan satu cita-cita ku dengan kalian
Aku ingin menjadi seseorang dalam pertubuhan politik
Aku mahu bersuara dalam pemerentahan negara
Mungkin agak lucu
Tapi aku sudah mula berjinak-jinak dengan politik
Sudah ramai ahli politik yang menjadi kawanku
Aku sudah ada nama dalam pertubuhan di peringkat bawah
Aku juga pernah bertemu
Dengan pemimpi-pemimpin peringkat yang tinggi
Aku agak di senangi
Mungkin kerana aku ada kemahiran bercakap
Mungkin aku bebas untuk ke mana-mana
Mungkin aku juga tidak terlepas pandang
Hmnnn.. kerana aku ada tarikan rupa.

Maaf cakap ...
Biarpun manusia sering memuji budi bahasa bila berkata-kata
Tapi tidak lari dari memandang harta dan rupa
Itu semua kita tahu.

Doakan aku wahai kawan-kawan
Aku ingin perjuangkan agar masyarakat mendapat keadilan
Aku mahu perjuangkan mereka yang tertindas.

Ah ! .. di suatu masa
Mustahilkah seorang model sambilan menjadi Wakil Rakyat
Kalau ada insan seperti itu menjadi Yang Berhormat
Perempuan itu mungkin aku
Seorang insan kerdil yang berjiwa besar
Aku benci rasuah
Aku benci penipuan
Aku benci pilih kasih.

Wah ! hari ini aku bersemangat politk
Tapi aku memang pernah pun berceramah
Di perhimpunan politik yang kecil-kecil
Aku mahu jadi bunga cantik yang wangi
Aku mahu jadi cili berwarna  yang pedas.

Tubuh comel yang menyusukan bayi
Tidak mustahil dapat membela rakyat satu negara
Kalau aku tidak punyai kesempatan
Menjadi pemimpin tertinggi negara
Moga ada wanita lain yang berkemampuan
Menjadi pemimpin tertinggi negara ini
Jangan lemah semangatku
Jangan lemah semangat mu duhai wanita
Wahai lelaki ...
Bantulah wanita yang bercita-cita
Menuju kehidupan yang bahagia.

Waktu solat maghrib sudah hampir
Kita berpisah dulu ye
Renung-renunglah hasratku ...
Bye bye ..

Nota 8 : Indah Bila Di Sayangi .

Nota 8
Indah Bila Di Sayangi .

Terasa satu keindahan
Bila diri di sayangi
Bahagia terasa jiwa.

Terasa diri di hargai
Bila di beri layanan manja
Bila tutur bicara di ucap dengan penuh berbudi bahasa
Gurauan yang sungguh mesra.

Kawan-kawan semua
Sekarang saya berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur
Menarik dan nampak mewah lokasi ini
Untuk sesi fotografi
Tapi aku tak mahu lupa diri
Di sini mungkin lorong dunia pura-pura
Mulut manis tapi ada bisa tersembunyi
Kalau aku terlupa
Kalau aku terpedaya
Mungkin aku akan binasa
Aku akan menjadi mangsa
Bukan di sungai saja ada buaya
Buaya di sini tak kurang bahaya dan berbisa
Membaham mangsa di bilik berhawa dingin
Hancur kehormatan dalam khayalan
Wajah santun berbudi
Tapi kekadang hati kejam dan keji .

Kawan-kawan ..
Sesi fotografi akan di teruskan
Nanti bila ada kelapangan
Kita akan bercerita panjang.

Ingatan buat diriku dan juga semua
Khasnya rakan wanita
Di manapun kita berada
Kita adalah mangsa
Pemburu nafsu sering memerhati kita
Sentiasalah waspada ...

Hmnn .. hi hi hi ..
Tetiba je aku jadi penasihat
Jumpa lagi ye ...
Bye bye ...

Nota 7 : Di Sebuah Hotel Ternama Di Kuala Lumpur

Nota 7
Di Sebuah Hotel Ternama Di Kuala Lumpur

Selamat pagi kawan-kawan ..
Syukur aku dalam keadaan sihat
Harap kalian juga sejahtera selalu.

Hari ini aku akan pergi ke sebuah hotel
Agak ternama di Ibu Kota Kuala Lumpur ini
Untuk membuat sesuatu yang menjadi kegemaranku
Aku dapat merasakan sedikit ketenangan
Tentu sekali ada orang yang tak suka
Tapi tak kurang juga orang yang memuji aku
Apa yang aku buat
Memberi kepuasan padaku
Aku juga di beri wang yang agak lumayan
Wang bukan segala-galanya
Tapi wang juga amat perlu untuk kehidupan
Untuk makan dan minum
Untuk pakaian dan perhiasan
Untuk ada tempat kediaman
Untuk berbagai-bagai lagi.

Berbekalkan kursus modeling yang aku ikuti
Berbekalkan wajah yang aku miliki
Wajah aku sering menghiasi majalah-majalah
Memperomosi pakaian
Memperomosi barang kemas
Mempermosikan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan lagi.

Kawan-kawan semua ..
Jangan salah sangka ye
Hari ini aku pergi hotel
Untuk sesi fotografi dengan sebuah majallah.

Model bukan kerja tetapku
Ini mungkin hanyalah satu hobi ku saja.

Hari ini terasa pula
Aku nak kenalkan wajah sebenarku pada kalian
Tapi hatiku agak keberatan
Kerana aku telah dedahkan kisah hitam ku sebelum ini
Aku terasa malu
Bila aku di kenali
Mungkin kisah laluku akan menjadi bahan cerita
Mungkin ada insan-insan yang menghina aku
Mungkin juga akan menyusahkan kehidupan harian ku nanti.

Satu ketika ...
Di saat hati aku merasa kuat
Mungkin aku kenalkan diriku pada kawan-kawan
Sabar ye semua yang selalu bertanya dalam msg
Terutamanya abang-abang sayang
Adusss !!  nakal-nakal nya ...

Terima kasih untuk kalian
Kerana sudi menemankan aku
Pun kita beteman di maya
Aku sangat menghargainya .

Kita berpisah dulu ..
Aku perlu bersiap-siap untuk pergi ke hotel
Oh ! hotel mana ?
Tak leh bagi tahu
Bahaya ! bahaya !
Nanti rahsia pengenalan diriku terbuka
bye bye semua ........

Nota 6 : Sugar Daddy

Nota 6
Sugar Daddy

Baru sekejap tadi
Aku mendapat panggilan talipon dari seseorang
Mengajak aku keluar makan malam.

Dia seorang jutawan
Mempunyai banyak syarikat-syarikat perniagaan
Ada peranan juga dalam pertubuhan politik.

Lelaki ini sering menggoda aku
Selalu membeli hadiah berharga pada ku
Manis bibirnya mengucapkan kasih dan sayang
Manja bibirnya mengucapkan cinta
Tapi aku bukan terus  nak di jadikan isteri.

Aku akan di jadikan kekasih
Senang cerita ..
Aku akan jadi perempuan simpanan
Melayan kebuasan nafsunya
Dia berjanji satu masa
Bila keadaan sesuai
Aku akan di jadikan isteri
Ah ! itu cinta palsu namanya
Itu kasih sayang pura-pura saja
Aku akan jadi bagai tebu
Habis manis selalunya hampas di buang.

Kalau aku setuju
Aku di janjikan kediaman mewah
Aku di janjikan kereta mewah
Aku di janjikan duit bulanan yang mewah
Itulah janji penggoda.

Aku ingin mencari kemanisan kehidupan
Aku tidak rela di dusta
Aku mahu kejujuran cinta
Aku mahu kemurnian hati.

Pengalaman mengajar aku berhati-hati
Oh ! Ayah Oh ! ibu
Anak mu ini di goda dengan keindahan janji
Biarpun kau tiada di sisi
Peringatan mu sentiasa di hati.

Sesungguhnya aku perlukan seorang kekasih
Itu kata hati wanitaku
Namun perjalanan hidup yang ku lalui
Agar sukar untuk mencari insan yang jujur
Ramai yang ku temui
Suka padaku kerana tarikan rupaku ...

Maaf ...
Ada orang ketuk pintu bilik
Siapakah dia ?
Kita jumpa lagi di alam maya ini
Bye kawan-kawan ...

Nota 5 : Kemalangan Ngeri

Nota 5
Kemalangan Ngeri

Azan zohor kedengaran
Aku baru sampai ke bilik ku
Sepagi aku berada di pusara
Di situlah bersemadinya ayah dan ibu ku
Cuaca di situ agak redup
Seperti mahu hujan
Ada titis-titis seni air yang turun
Bagai tangisan embun di malam yang sunyi
Begitulah air mata hatiku menangis.

Kira-kira 4 tahun yang lalu
Terasa begitu baru
Ayah dan ibu meninggalkan aku buat selama-lamanya
Terpisah nyawa ayah dan ibu dari tubuhnya
Dalam satu kemalangan jalanraya yang ngeri
Masih ternampak-nampak
Merah darah yang membasahi mayat kedua-duanya
Air mataku mula bergenang ...
Moga ayah dan ibu  di sana di rahmati Ilahi .

Tahukah kawan-kawan
Aku tiada abang dan kakak
Aku tiada adik
Fahamilah ..
Aku anak tunggal
Dan kini aku sendirian
Bagai menaiki sampan kecil
Berdayung di tengah-tengah lautan luas bergelora
Seringku dengar bisikan kasih
Tapi bagai bayu
Berlalu dan berlalu
Bagai melihat indahnya warna pelangi
Hanya seketika
Lalu hilang di telan alam.

Diri wanitaku menjaga aku
Akulah ayah akulah ibu
Akulah saudara kandungku
Moga aku menjadi insan beriman
Kerana aku tahu
Hidup ini sementara
Akhirat juga kekalnya.

Aku sering bermimpi bertemu ayah dan ibu
Dalam linangan air mata
Ayah dan ibu ingatkan aku
Agar aku ikut suruhan Allah
Agar aku tidak lakukan larangan Allah .

Kawan-kawan semua
Kita berpisah dulu
Aku ada tugasan yang perlu di selsaikan
Moga kita jumpa lagi di maya ini
Aku rindu tutur bicara kalian
Aku rindu tunjuk ajar kalian
Aku rindu kejujuran rasa kasih
Dari kalian buat aku ...

Nota 4 : Tq Teman Fb Ku

Nota 4
Tq Teman fb Ku

Siang tadi aku dengan Angah pergi ke Genting
Aku sampai umah pukul 10 malam
Keseronokan di sana terbayang-bayang
Angah pandai buat kelakar
Angah pandai mengambil hati
Buat aku rasa di hargai
Patutlah ramai anak gadis
Suka berkawan dengan Angah.

Sendirian di bilik buat aku rasa sepi
Lamunan keseronokan tiba-tiba terhenti
Bertukar kepada ...
Kisah-kisah pilu yang lalu
Bagai sembilu menghiris kalbu
Tiba-tiba jiwaku rasa terseksa
Air mata mula berlinangan
Bagai titis darah dari hatiku yang terluka
Suasana begini ..
Semacam rasa kesal pula tidak menerima
Ajakan Angah untuk bermalam di kondonya.

Banyak kisah-kisah dukaku
Lain kali akan ku ceritakan pada kalian
Maafkanlah aku wahai teman
Kalau anda tak suka membacanya
Aku menulis untuk mengurangkan rasa kesusahan hatiku
Terima kasih banyak-banyak
Buat yang sudi membacanya.

Untung juga aku ada fb
Ku mulai membaca ..
Komen kawan-kawan fb ku
Terima kasih kerana komen-komen anda yang iklas
Sesungguhnya aku rasa bertuah
Bertemu rakan-rakan yang berbudi
Memberi komen-komen dengan cara yang sangat berhemah
Ketulusan rakan-rakan
Moga Ilahi membalas melimpahkan nikmat Nya

Aku ingin lena dulu
Malam ini aku pakai baju tidur paras lutut
Sangat nipis berwarna biru cair
Pewangi yang ku pakai rahsia le...
Kalau aku bermimpi
Aku harap aku bermimpi yang indah-indah
Kerana di alam nyata
Aku banyak bertemu mimpi yang ngeri ..

Selamat malam ...
Lampu tidurku berwarna merah jambu
Best juga kalau kita bertemu di dalam mimpi .....

Nota 3 : Perempuan Lesbian

Nota 3
Perempuan Lesbian

Sekarang aku masih di bilikku
Hari ini aku berjanji dengan Angah
Angah ingin bersama dengan aku menikmati kesejukan di Genting
Kami akan pergi dengan sebuah kereta
Aku sedang menunggu Angah datang.

Angah bukan seorang lelaki
Dia seorang perempuan
Dia perempuan lesbian
Usianya sebaya dengan aku
Dia berpendidikan tinggi dan mempunyai kerja yang agak baik
Angah tinggal sendirian di sebuah kondo
Aku pernah bermalam di kondo Angah
Ah ! bukan pernah
Sebenarnya aku sering bermalam di kondonya.

Angah tersangat senang dengan aku
Dia selalu mengajak aku
Untuk terus tinggal bersamanya
Tapi aku masih selesa di bilik  ini.

Lupa aku nak bagi tahu
Aku tinggal di rumah teres 2 tingkat
Rumah ini ada 3 bilik
Aku berkongsi menyewa dengan tiga orang
Jadi tiap orang ada satu bilik.

Kalau terasa nak berenang
Aku pergi saja ke kondo Angah
Di kondo Angah ada kolam renang
Sekali sekala seronok mandi bersama Angah
Oh ! kalau mandi kenalah pakai pakaian berenang
Pasti ada saja yang mencuci mata
Kami buat tak peduli saja
Angah selalu berkata
Tak luak pun ...
Dan ketawa ha ha ha  ...

Pada pandangan aku
Angah seorang perempuan yang cantik
Potongan badan agak menarik
Kalau nak masuk pertandingan ratu cantik
Memang cepat-cepat di terima ...

Kenapa angah mengamalkan lesbian
Ada kisahnya
Dia bercerita panjang lebar pada aku
Begitulah sebabnya
Tapi aku tak boleh cerita dengan kawan-kawan
Kerana dia minta aku rahsiakan
Nanti bila-bila kalau dia benarkan aku cerita
Aku akan ceritakan
Hmnnn ...
Kisahnya sangat menarik ...

Munkin ada yang bertanya
Sekarang aku berpakaian macam mana
Hi hi hi malulah nak cerita ...

Loceng pintu berbunyi
Aku rasa angah dah datang
Bye dulu ye..
Lain kali aku bercerita lagi ....

Nota 2 : Malam Itu Aku Di Noda

Nota 2
Malam Itu Aku Di Noda

Menjelang malam  ini aku sendiri
Kisah-kisah lalu bermain di ingatanku

Ketika itu aku menunggu keputusan SPM
Aku berkerja sementara di Petaling Jaya
Di sebuah kedai 24 jam
Habis kerja jam 10 malam
Aku di jemput oleh kekasihku
Untuk di hantar pulang.

Kami singgah makan di satu warung
Hampir jam 11 malam
Kami  selsai makan
Semasa di dalam kereta
Aku terasa pening dan khayal
Pil perangsang telah di masukan dalam minuman
Itu kerja orang yang ku panggil kekasih
Aku menjadi mangsa rogol kekasihku
Dalam kereta itu aku di noda.

Bila kesan pil itu hilang
Aku begitu kesal dengan perbuatan kekasihku
Aku begitu marah
Terasa aku hendak membunuh dia
Tapi aku tidak berdaya
Tubuh wanitaku tidak mampu mengalahkan dia
Badan kekasihku tegap dan sasa
Setelah kejadian itu
Aku tidak lagi anggap dia kekasihku
Dia terus meminta maaf pada ku
Tiada maaf ku padanya
Dia binatang bagi ku
Aku menaiki sebuah teksi
Terus pergi Ke balai polis membuat lapuran
Aku di hantar ke hospital untuk di buat pemereksaan .

Malam itu juga dia di tahan polis
Selepas 2 tahun dari kejadian
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman
Penjara 18 tahun dan  5 kali sebatan
Sekarang dia masih di penjara
Nasib baik aku tidak mengadung .

Itulah kisah malang menimpaku
Hati-hatilah duhai kawan-kawan
Terima kasih kerana sudi membaca
Akan ku ceritakan lagi kisah hidupku seterusnya ...

Nota 1 : WajahKu

Nota1
WajahKu

Aku seorang perempuan
Tinggal di Kuala Lumpur menyewa sebuah bilik
Aku bekerja dengan majikan bebas
Apa pekerjaan ku ?
Dalam perkenalan nanti
Rasanya kawan-kawan akan dapat agak
Ah ! kita lupakanlah dulu tentang kerjaku
Aku tidak mencuri dan merompak
Aku tidak menipu dan rasuah
Aku tidak mengedar dadah.

Wajahku boleh di katakan cantik
Maafkan aku kalau aku terperasan
Mungkin kerana aku sering di puji
Oleh ramai lelaki-lelaki yang aku kenali
Wanita juga ada yang memuji .

Ramai insan penghuni  Kuala Lumpur yang aku kenali
Lelaki dan wanita berbagai bangsa
Ada  warga negara Malaysia
Ada juga pendatang dari luar negara
Pendatang haram pun ada.

Oh ! lupa pula nak ceritakan tentang rupaku
Kulitku agak putih
Rambutku hitam
Tapi aku selalu warnakan dengan warna-warna lain
Selalu bertukar-tukar
Aku tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah
Orang Malaysia biasa-biasa
Ada orang kata aku macam anak terhasil dari perkahwinan campur
Ah ! tak kisah la janji nampak jelita.

Ya ya  ...
Betulah kalau mereka kata aku seksi
Aku sering memerhati kecomelan tubuhku
Cermin besar dalam bilikku
Memberi jawapan jujur padaku
Bila aku lucutkan pakaian ku
Ah ! .. hatiku tidak berbohong
Hatiku berkata
Aku cantik
Aku sangat percaya
Tapi aku sentiasa ingat
Paras rupa tidak kekal
Akan hilang di mamah masa
Tapi budi bahasa  kekal hingga ke bila
Indah kuntuman bunga
Kalau tiada harumnya
Kuranglah nilainya.

Aku suka bersolek
Bibirku selalu bertukar-tukar warna
Begitu juga dengan kelopak mataku
Keningku dan seluruh mukaku
Ku solek rapi
Lelaki melihat rupa ku selalu tergoda
Wanita yang gemar pasangan sejenis juga sering memuja.

Kalau aku menjeling dengan senyuman
Pasti mendebarkan mereka
Terutamanya lelaki yang kurang di belai sayang
Gigiku putih tersusun
Tidak ada sebarang kecacatan
Tubuhku harum dengan pewangi yang sering berbeza-beza.

Nanti akan ku ceritakan lagi ....
Kita kawan ye ..
Terima kasih sudi jadi rakanku

Aku hanya insan biasa

Aku hanya insan biasa
Ingin mencari bahagia
Namun dalam pencarian ...
Aku bertemu banyak kepiluan hidup ...

Sesuatu yang nampak indah 
Tapi sebenarnya kecantikan yg palsu ..

Salam Pertemuan Maya

Salam Pertemuan Maya