Jumaat, 13 Januari 2012

Nota 19 : Kesunyian

Nota 19
Kesunyian

Pagi ini aku di baluti kesunyian
Kamar sepiku yang bisu
Buat aku terus pilu
Ingin ku keluar dari penjara jiwa ini
Tapi kemana aku akan pergi
Di luar arus dunia begitu ganas
Aku takut lemas
Kerana kalau aku terlemas
Siapalah yang akan mencari aku
Siapalah yang sudi membantu
Tiada lagi insan yang menjaga aku.

Hari-hari yang berlalu
Banyak ku temui
Kejujuran hanya seperti pakaian cantik
Buat menutup kepalsuan yang realiti.

Oh ! di mana-mana
Selalu ku temui semut
Merayap dan berlari-lari
Mencari-cari
Dalam suasana dahaga
Di situ ada gula
Di situ dia memuja
Berlagak setia pandai menggoda.

Aku takut ...
Mungkin akulah gula yang akan jadi mangsa
Mungkin pengalaman yang telah ku lalu
Buat aku takut untuk percaya
Buat aku takut mendengar luahan kata cinta
Biarpun sebenarnya aku memerlukan
Insan yang sudi memberikan cinta.

Abang !!!
Kau kah lelaki yang setia
Kaukah lelaki yang tidak berpura-pura
Kau kah bakal menjadi
Teman istimewa dalam kamar pengantinku
Teman istimewa dalam kehidupan ku.

Abang !!!
Siapakah kau
Datanglah hatimu bertandang di sudut cinta hatiku
Biar hati kita berbisik tentang cinta
Bukan sekadar manis asmara bibir berbicara.

Di sini aku terus berhiba jiwa
Bawalah padaku suasana ceria
Usah biarkan aku terus meminta-minta
Bilakah kita akan berjumpa ?.

Abang !!!
Di hatiku ada sebuah cinta yang setia
Cinta itu pernah di seksa
Sudikah abang mengubatinya
Aku menanti mu di tepian pintu yang terbuka ...

Selamat pagi kawan-kawan...
Hingga jumpa lagi dengan aku di maya ini
Moga kita semua sentiasa dalam sejahtera ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.