Jumaat, 13 Januari 2012

Nota 12 : Sesungguhnya Allah Maha Besar.

Nota 12
Sesungguhnya Allah Maha Besar.

Kawan-kawan ku semua
Terima kasih kerana sudi  bersimpati
Aku begitu bangga
Aku begitu rasa beruntung
Bertemu kalian pun masa ini
Hanya di alam maya
Moga satu saat kita bertemu di alam nyata
Kita terus jalinkan kasih
Kita terus jalinkan persaudaraan
Setelah aku lahirkan fb ini
Aku sedar masih ramai
Insan-insan baik yang sudi bersaudara.

Kawan-kawan ku
Biarpun aku tersendiri begini
Janganlah di risaukan sangat
Tentang makan minum ku
Sesungguhnaya Allah Maha Besar
Beberapa bulan sebelum meninggal
Ayah semacam tahu dia akan pergi selama-lamanya
Ayah telah menukar milik tanahnya kepada ku
Tanah sebanyak dua lot itu terletak di Pasir Gudang
Sekarang kedua-dua lot tanah itu di sewakan
Untuk kegunaan perniagaan menjual kereta
Jadi tiap-tiap bulan
Akaun bank aku akan di masuki wang
Berapa jumlahnya biarlah jadi rahsia
Berapa nilaian tanah itu biarlah jadi rahsia.

Terima kasih ayah dan ibu
Moga ayah dan ibu damai di sana
Sesungguhnya Maha Besar Allah.

Benarlah ada pujangga berkata
Harta dan rupa sahaja
Tidak menjamin kebahagiaan
Kita perlu pada kesihatan
Kita perlu pada ketulusan kasih sayang
Kita perlu kedamaian hati
Dan kita perlu berbagai-bagai lagi.

Aku mengambil keputusan
Tidak tinggal di rumah peninggalan Ayah dan ibu
Bila aku tinggal di sana
Aku bagai berenang di kolam air mata
Maafkan aku memberi tahu
Masa aku buat catatan ini
Bercucuran air jernih lambang kepiluan
Bagai hujan dari mata ku yang menderita
Aku memberi kebenaran kepada sepupu ibu tinggal di situ
Kadang-kadang ada juga sedikit wang di hulurkan padaku
Aku tidak begitu mengharapkan wang itu
Aku lebih mengharapkan kasih dan sayangnya
Kejujuran kasih dan sayang terlalu bernilai untukku
Andai sepupu ibu tidak lagi memerlukan rumah itu
Aku becadang rumah itu
Di jadikan rumah tempat tinggal anak-anak yatim
Aku tahu betapa deritanya mereka
Yang hidup dalam yatim piatu
Kerana aku mengalaminya
Walaupun aku bukan di usia kanak-kanak
Ketika ayah dan ibu pergi
Aku tetap melalui kehidupan yang derita .

Aku tetap gagahi kehidupan ini
Pun aku sedang berdayung dalam lautan air mata
Kawan-kawan semua
Kita berkawan secara jujur ye
Janganlah ambil kesempatan
Di atas kelembutan hati wanitaku
Duhai kakak !
Nasihatlah aku dengan kelembutan hemah mu
Duhai abang !
Janganlah cairkan hati ku yang merindukan kasih
Janganlah bawa aku belayar
Dalam gelora keinginan semula jadi wanitaku
Aku tidak mahu lemas dalam lautan yang hitam.

Aku mahu jadi seorang wanita yang berguna
Pada ugama dan negara
Aku mahu jadi rakan dan sahabat yang setia
Aku mahu menjadi isteri yang setia
Aku mahu membina mahligai asmara yang syahdu
Bersama suamiku yang tercinta
Aku mahu hidup dalam bahagia
Moga menuju ke alam akhirat yang bahagia .

Kawan-kawan ku !
Terima kasih sudi memhami hatiku
Moga aku masih ada kesempatan lagi untuk bersama kalian ..
Salam ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.