Jumaat, 13 Januari 2012

Nota 5 : Kemalangan Ngeri

Nota 5
Kemalangan Ngeri

Azan zohor kedengaran
Aku baru sampai ke bilik ku
Sepagi aku berada di pusara
Di situlah bersemadinya ayah dan ibu ku
Cuaca di situ agak redup
Seperti mahu hujan
Ada titis-titis seni air yang turun
Bagai tangisan embun di malam yang sunyi
Begitulah air mata hatiku menangis.

Kira-kira 4 tahun yang lalu
Terasa begitu baru
Ayah dan ibu meninggalkan aku buat selama-lamanya
Terpisah nyawa ayah dan ibu dari tubuhnya
Dalam satu kemalangan jalanraya yang ngeri
Masih ternampak-nampak
Merah darah yang membasahi mayat kedua-duanya
Air mataku mula bergenang ...
Moga ayah dan ibu  di sana di rahmati Ilahi .

Tahukah kawan-kawan
Aku tiada abang dan kakak
Aku tiada adik
Fahamilah ..
Aku anak tunggal
Dan kini aku sendirian
Bagai menaiki sampan kecil
Berdayung di tengah-tengah lautan luas bergelora
Seringku dengar bisikan kasih
Tapi bagai bayu
Berlalu dan berlalu
Bagai melihat indahnya warna pelangi
Hanya seketika
Lalu hilang di telan alam.

Diri wanitaku menjaga aku
Akulah ayah akulah ibu
Akulah saudara kandungku
Moga aku menjadi insan beriman
Kerana aku tahu
Hidup ini sementara
Akhirat juga kekalnya.

Aku sering bermimpi bertemu ayah dan ibu
Dalam linangan air mata
Ayah dan ibu ingatkan aku
Agar aku ikut suruhan Allah
Agar aku tidak lakukan larangan Allah .

Kawan-kawan semua
Kita berpisah dulu
Aku ada tugasan yang perlu di selsaikan
Moga kita jumpa lagi di maya ini
Aku rindu tutur bicara kalian
Aku rindu tunjuk ajar kalian
Aku rindu kejujuran rasa kasih
Dari kalian buat aku ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.